Saturday, November 8, 2008

persahabatan

aku menjalani kehidupan yang tidak pernah aku impikan apabila aku berkawan...
aku cuba memahami situasi apabila aku sedang berkawan...
aku sekarang sayang sangat2 kat dia..
dia sentiasa berada dengan aku..
DAN
dia banyak kejutan untuk aku..
aku rasa aku sangat bertuah dapat berkawan dengan dirinya..
dirinya yang cuba bangkitkan diri aku yang lemah..
yang banyak memberi semangat..
TERIMA KASIH MIMI..
I LOVE U SO MUCH..
THANKZ.....

Tuesday, October 28, 2008

28/10/08

hari ini aku belajar untuk jujur...
jujur pada orang yang aku sayang...
walaupun pahit menelan tetapi kejujuran itu satu nikmat...

jujur itu memang payah untuk diluahkan..
jujur itu begitu besar maknanya bagi seseorang..

tetapi kita tidak boleh terlalu jujur kerana ia akan memakan diri.
lebih baik kita berdiam diri daripada terlalu jujur...

kesimpulannya,
tengok pada situasi untuk jujur..
namun hari ini aku belajar untuk jujur pada orang yang aku sayang walaupun pahit terpaksa aku telan...

Wednesday, October 15, 2008

kekurangan itu adalah SATU kelebihan

apabila kita rasa diri kita kekurangan,
kita tidak boleh mengeluh...
ini kerana kita belum berjumpa dengan keunikkan atau keistimewaan yang ada dalam diri kita.


apabila kita rasa kekurangan,
kita kena bersyukur kerana dengan kekurangan yang kita ada kita akan berusaha sampai kita dapat mengatasi kekurangan itu...

kekurangan itu juga akan membuatkan kita rasa rendah diri daripada riak yang tak tentu pasal....


kekurangan itu juga membantu kita membina keyakinan diri...


kekurangan juga akan membuat kita ingin mencapai matlamat untuk berada di menara petronas?
Hah! (cara Zarul cakap)


kekurangan itu juga membuatkan kita ingat kepadaNya tentang kewujudan kita yang kerdil.


akhir sekali bersyukurlah dengan kekurangan yang kita ada kerana terdapat banyak hikmah yang kita dapat perolehi.

dengan kekurangan itu kita akan rasa ingin menjadi insan yang sempurna.

InGAT pesanan saya,
Semua manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan..
kita tidak sesempurna mana pun...
jangan riak dengan kelebihan yang kita ada kerana ianya hanyalah pinjaman sahaja.
Bagaimana jika ia di tarik balik???


jadi renung2kanlah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita bina...

Monday, October 13, 2008

LUAHAN UDANG

aku sekarang bangkit dari Sepi setelah lama menghilangkan diri di post ini...

biasalah Udang keabisan stock di pasar akibat banyak permintaan aku untuk di jadikan santapan Aidilfitri....

HEHEHE.....

Dah raya ke 14 baru aku nak minta maaf kepada anda sahabat-sahabat, sanak saudara, dan member2 yang baru nak kenal...

aku betul2 bz idup seperti seekor udang..

aku dah penat..

bila aku dah penat ramai pula yang tangkap aku..

HUHUHU...

sedihnya aku menjadi udang...

mereka siat2 kulit aku...

hati aku luluh badanku panas terbakar dek mereka menggorengkan aku di kuali panas...

aku membawa diri untuk membaiki kecacatan kulit aku..

menjalani kehidupan yang ruangnya kecil untuk orang seperti aku..

aku nak lawan tapi aku hanya kerdil..

seekor udang kot..

tak mampu untuk melawan..

HUHUHU...

Aku sedih...

aku di pandang kecil kerana aku bukan udang galah yang sedap isinya...

apa yang aku sampaikan selalunya tidak mendapat tempat di hatinya..

aku kaget dengan diri aku..

kini aku cuba bangun dan melawan semuanya???

persoalan aku?

aku yang kecil cuba menjadi besar dengan semangat aku sekarang...

pedulikan apa orang nak cakap...

aku ingin protes sekarang...

tapi kenapa sekarang?

masih banyak masa lagi?

daripada aku simpan lebih baik aku buang terus...

aku tak sanggup untuk melukakan hati aku yang hanya seekor udang.

bila perlu aku di makan.

bila tidak perlu aku di buang dan di tinggalkan...

aku sedar aku adalah udang...

jadi sesiapa yang suka makan udang, kesianilah udang itu kerana ia juga mempunyai perasaan seperti kamu.

dia tidak boleh melawan kerana sedang mengumpulkan kekuatan...

keluarga udang aku yang lain tahu menghukum aku..

aku tahulah aku udang yang paling kecil tapi aku bukan tempat untuk di buli..

tidak semua pendapat atau layanan harus di specialkan untuk kamu kerana kamu mempunyai pangkat, darjat mahupun dengan tarikkan muka kamu..

weh, aku udang... aku pun boleh..

semut pun boleh...

kutu babi pun boleh lah...

ini kerana kami mempunyai perasaan....

jadi kepada keluarga udang, walaupun aku tahu kamu semua tidak membaca blog udang ini maka sesungguhnya fahamilah hati kecil udang dan bukalah pintu hati kamu untuk menerima pendapat udang walaupun ia anak kecil yang cuba menempah nama besar.

sekali lagi aku tekankan walaupun kamu kaya dan berduit dan mampu untuk memiliki apa sahaja tetapi tidak mungkin kamu melukakan hatinya.

bagaimana kalau hati kamu yang sakit????

tentu kamu marah dan terasa..

begitu jugalah aku...

jadi sama2lah kita menjaga hati..

seperti lagu tu..

Wednesday, September 10, 2008

M.E.N.J.A.D.I P.E.R.S.O.A.L.AN??????

Adakah apabila kita berkawan baik dengan seseorang itu kita kena memberitahu segala2nya pada DIA????

adakah apabila aku sudah berjanji tiada rahsia dengan dia, maka kesemua rahsia aku perlu diberitahu?????

Adakah aku bersalah kerana tidak memberitahu pada dirinya???

JADI PERSOALANNYA SALAH SIAPA???

aku sekarang sudah tidak bercakap atau erti kata lain aku tidak berhubung lagi dengan dia..

aku hanya mendiamkan diri.. kami terputus akibat daripada salah faham atau kerana desakkan dia yang suka mendesak aku???

Tah la..
malas nak pk..
apa2 jelah..
aku sekarang jadi moOdy...

Sunday, August 17, 2008

aku ingin menjadi diri aku..

Aku adalah aku..
tiada sapa bleh ubah diri aku...
aku tiada yang lain...
aku hanya aku...

Aku...
kadang-kadang mencari diri aku sendiri
aku sendiri tak tahu tentang diri aku..
yang aku tau skg ini aku jiwa kacau..
HUHU...

Aku adalah aku..
lalala...
jadi anda semua siapa????

Aku adalah aku...
HEHE...

Thursday, August 14, 2008

PETUA: SELAMAT MENCUBA

antara kebaikkan membuat assignment last minute ialah:

1. Tak cukup tidur... HUHUHU...


2. Ngantuk dalam kelas atau ponteng lagi best... tau2 tak dapat masuk exam...
best tue... HEHEHE....


3. rasa cepat marah pada diri sendiri sebab tak buat awal2.. Jadi padan muka dengan diri aku.. LALALA...


4. rasa macam nak pecah kepala bila kita push segala kekuatan kita keluar untuk menghasilkan assingment dengan baik... (Maaflah yang ini sudah terlambat)


5. Yang nie best... Kita akan dapat markah paling rendah bila wat ala kadar sahaja...
pointer kita juga yang rugi... ISYH...ISYh... PAyah nie..


6. akan buat kita nak senyum2 dengan lect sedangkan selama ni???? Pikirlah sendiri.. Ops tak dapatlah.. lect tak bagi peluang punya... Kahkahkahkah...


7. kita akan menipu bagi mengelak menghntar assingment. Misalnya buat2 sakit... dapat MC tue.. Tererlah...


8. akan mengeluarkan perkataan yang tidak diingini untuk menyatakan tetapi cakap juga... Misalnya BA......, BO......, SI_ _...... Isilah tempat kosong tue..

9. Ada pulak tue dibenci dengan kawan sebab copy paste assingment kawan.. ().. sapa nak kawan dengan kita lagi lepas nie.. (berfikir seketika)

10. boleh tidur dengan gembira selepas segalanya siap dengan biasa2 jer...

jadi kita kena dapatkan kebaikkan ini bila kita rasa lambat nak buat assingment.. kita akan rasakan seperti masa sedang mengejar kita... kita juga akan merasakan mata kita bengkak bukan kerana menaggis tetapi kerana mata di letakkan dengan pisau supaya kita boleh membuat assingment tanpa nangtuk.. jadi... inilah nasihat saya untuk anda semua...


SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, August 13, 2008

AKU RASA DOWN SANGAT2 NIEH!!!!!

dah hampir sebulan aku masuk degree nie..
apa yang aku belajar semuanya aku masih BLUR lagi...
aku selalu berpoya-poya, dan rajin melepakkan diri di kusi batu tempat aku mengumpat beramai-ramai....
sekarang lect sudah sibuk buat soalan exam...
aku pula masih menjalani kehidupan seharian aku seperti biasa...
HUHUHU...
apa nak jadi dengan diri aku nie..
dah la tak pandai...
berusaha tue adalah sikit..
yang banyak aku main jer...
kembalikanlah semangat aku nie..
aku down...



rasa macam nak berhenti belajar je sekarang nie...
tapi aku tak tau macam mana nak berhenti..
DISMISS kot nanti...
assingment pun aku tangguh2..
main!!! Main!!! mAIN!!!
Tentu keluarga aku akan kecewa dengan aku...
aku nak kekuatan diri aku balik...


PULANGKANLAH SEMANGAT AKU YANG SUKA KE ARAH POSITIF...

AKU DAH DOWN....

DAH RASA MALAS NAK P CLAZ...

SEMANGAT DAH TIADA DI SINI....

HARAPKAN KAWAN2 JER SEKARANG NIE.....

HUHU....

AKU TAK TAU NAK WAT APA DAH...

AKU RUNSING SEKARANG NIE...

Banyakkan berdoa dan bersabar yea...
renung2kanlah...

Tuesday, August 12, 2008

SUDAH

salahkah aku...
mencintaimu...
memillikimu...
menyayangimu...
jangan paksakan kita untuk selalu bersama...
jangan paksakan kita untuk selalu mencinta...
salahkah aku...
mencintaimu...
memilikimu...
menyayangimu...
bila kita harus berpisah sudah..
biarkan ini semua berakhir sudah...
cinta memang tak harus milikkinya...
jangan paksakan kita utk selalu bersama...
jangan paksakan kita kita untuk selalu mencinta...
bila kita harus berpisah sudah..
biarkan ini semua berakhir sudah...
cinta memang tak harus milikkinya...

Monday, August 11, 2008

... THE MUMMY...

malam yang indah..
indahnya hari...
hari yang pergi...
perginya membawa memori...
memori yang akan di kenang untuk selama2nya...

ada kebaikan juga bila kita terpaksa meninggalkan perkara yang kita suka itu karpet merah FFM...
perkara yang belum tentu boleh mebahagiakan hari ini...
perkara yang merapakan kita dengan seseorang..
seseorang yang amat kita sayangi sekarang ini...
perkara yang membuatkan aku mesra bersamanya..
perkara yang aku selalu mendampinginya..

owh COSPLAY....
hehehe...
aku hidup dalam khayalan aku sendiri...
mengharapkan hidup yang bahagia..

ISNIN...

tiap2 hari isnin aku akan pergi ke kelas...
aku bangun seawal pagi dan tidak akan lewat masuk ke dalam kelas...
aku bersama mastikus akan duduk bersama dan akan bersembang bersama..
isnin hari gedik kami..
nama gedik ini kami dapat ketika orang yang muse tidak suka itu melihatkan aksi gedik kami...
isnin adalah hari perjumpaan penceritaan antara aku dan mastikus setelah 3 hari tidak jumpa di puncak..


isnin (macam sajak pulak...)
HEHEHE...
kau umpama hari untuk mengumpat bagi kami...
ISNIN...
kau umpama petang yang amat memboringkan untuk menjejakkan kaki ke dalam kelas...
ISNIN
Kau akan selalu datang lagi pada isnin depan2 nya...
ISNIN
aku bosan hari isnin kerana aku susah untuk melihat kelibatnya..
ISNIN
aku teringin untuk tidur di dalam kelas...
ISNIN
aku akan meliihat senyuman yang penuh makna bagi bapa mertua kami..
HEHEHE...
ISNIN
merupakan hari yang aku malas nak lalui petangnya...


hari sekali sukalah pada hari ISNIN...
LALALA...

bermula sebuah cerita

cerita adalah apa yang ingin disampaikan oleh aku...
aku ingin menyampaikan sebuah cerita...
sama juga dengan aku yang ingin bercerita..

cerita ini sebenarnya sangat umum...
apa2 pun aku boleh ceritakan..
sekarang ini pun aku sedang bercerita tentang cerita..
jadi tidak hairanlah aku sedang bercerita...
cerita ini amat memeningkan kepala aku sekarang ini...
cerita yang tiada akhirnya..

hari2 aku bercerita..
cerita tentang perasaan yang aku alami..
cerita tentang aku..
cerita tentang kawan2 aku..
cerita tentang mereka2 yang terlibat dengan diri aku..
cerita yang menceritakn tentang diri aku...
akhirnya aku sedang bercerita...

hidup tanpa kawan

hidup tanpa kawan seumpama rama2 yang bebas di udara tanpa ada halangan aman damai...
TAPI BETUL KE????

Kita memerlukan kawan2 yang sentiasa menyokong hidup kita..
bukan bergantung seperti "LIS" tetapi kawan yang memberi semangat...

ada juga pepatah menyatakan dalam fikiran aku selama ini muka surat 301088 kawan ni bila senang jer dekat dengan kita tapi bila susah tinggalkan jer dia kita..

aku cuba untuk menjadi rakan yang baik..
tapi kadang2 aku rasakan aku bukan kawan yang baik pun..
aku teringin menjadi seperti mastikius yang sentiasa menolong aku..
walaupun aku lemah tapi semangat aku naik bila dia memberi nasihat ada aku..
walaupun aku menagis hari tue tapi aku gembira pada masa sekarang..
2lah kawan yang aku cari..

aku sayang juga rakan bilik aku...
dia akan menemani aku makan.. minum dan aku juga akan menemani dia kemana2 sahaja andai aku bersama dengan dia.. kami package bersama..
aku nak jadi kawan baik dia..
walaupun aku kagang2 merasakan macam menyusahkan dia..
tapi dia masih kawan yang aku sayangi sekarang..

kawan yang seornag nie, aku selalu meluahkan segala2nya pada dia.
tiada rahsia..
tetapi sejak akhir2 ini aku menghilangkan diri..
aku seperti mementingkan diri aku..
tapi dia selalu beada di belakang aku..
aku mahu kawan seperti dia tetapi aku di himpit perasaan yang serba salah..
namun aku masih di sini..

di PUNCAK PERDANA...

MARILAH KITA SAMA nanyikan lagu kawan..

MASA....

masa akan menentukan segalanya..
masa yang akan menghukum diri kita..
masa yang akan membawa kita ke hadapan...
masa yang amat singkat bersama dengan orang yang kita sukai..
masa yang menentukan segala2nya..
jadi hargailah masa dan peluang yang ada di hadapan kita..

capailah segala impian yang diingini..
jadilah seseorang yang sedang berusaha untuk mendapatkannya walupun akhirnya kita akan melepaskan masa itu..
masa yang akan membuat kita menangis..
menagis menyenangkan saat2 bersama..
masa yang akan mengingatkan kita pada seseorang..
masa juga yang akan membongkar segala2nya..
masa juga mengharapkan sesuatu keajaiban terjadi..
SEPERTI DIRIKU SEKARANG..
AKU AMAT BAHAGIA BERADA DI SISINYA..
AKU TAK MAHU MASA MERAGUT KEBAHAGIAAN AKU..
AKU TAK MAHU MASA MENGAMBILNYA DARI AKU..
AKU MAHU MASA SEKARANG DAN YANG LEPAS2
TAPI MASA TIDAK BERPUTAR..
AKU MEMILIH UNTUK MENEMANI MASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG AKU SAYANG..
AKU SAYANG MASA2 BERSAMA DENGAN KAWAN2 AKU..
AKU BAHAGIA BERSAMA KAWAN2 AKu..
AKU STACY..
LALALA...

SEBUAH KEHIDUPAN YANG PENUH ERTI...

Hidup ini kadang kala memerlukan sebuah pengorbanan. tak kira la besar gajah ke ataupun sebesar kuman. jika ia dikatakan sebuah pengorbanan maka kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayangi walaupun kita sakit tapi kita x payahla gatal2 nak jumpa dgn doktor sebb doktor pun takde ubat..

ALAMAK MACAM SEDIH PULAK BUNYINYA.. HEHEHE....

Tapi bagaimana kita hendak mengatasinya terpulang pada kekuatan diri kita...
kita yang menentukan jalan yang kita pilih..
kearah positif atau ke arah negatif..
jika kita sudah mendapat peluang berusahalah ke arah GAY (cara mastikus kata la)
tibe2 apa kaitan dengan yang aku nak sampaikan..
xpe... nilah stail aku bercerita.
ada kesenian sikit... HEHEHE....

sebelum aku melalut lebih lagi...
aku nak sampaikan apa yang aku rasakan sekarang ini...
pengorbanan itu sebenarnya indah walaupun pedih..
pedih yang akan membuatkan kita sakit...
sakit yang akan kita meningati kepadaNya...
Mohonlah petunjuk dari Illahi agar kita akan lebih kuat untuk menghadapi segalanya..
mempunyai kekuatan dan keberanian untuk pandang ke depan..
supaya hidup kita penuh erti..
Bak kata Siti Nurhaliza " Hidup penuh bicara yang kita kena hadapi"
akhirnya memilih jalan untuk 'Biarlah Rahsia"
akhir sekali sokonglah industri perfileman kita.. PEACE (tiada kaitan lagi)
HEHEHE...

Bergembiralah membaca...

Monday, July 14, 2008

HARI2 AKU PANDANG DIA

Hari2 aku pandang dia..
Kalau xde kerja aku pandang dia..
Bangun tidur aku pandang dia..
p makan pun dengan dia..
malam2 pun aku dengan dia.. (P:s/ JANGAN NAK WAT KONTROVERSI PULAK)
Nak lukis pun aku dengan dia..
jadi model pun aku dengan dia..
kalau kelas sama pun aku dengan dia..
kalau melepak 2 kadang2 berdua kadang2 beramai...
yang penting kami sentiasa berdua..
p cc ni pun berdua tapi ada orang ketiga????
maksudnya ada kawan yang lain teman jugak...
aku ngan dia selalu cakap kita asyik2 pandang muka kita berdua
TETAPI
dia takleh nak lawan confidents yang ada a dalam diri aku nie...
HEHEHE...
Tapi aku pulak takleh nak lawan PEKEK dia
LALALALALALALALLALALALALALALLALLALALAAA.......
walaupun kami tinggal serumah 8 orang tetapi aku tetap berdua bersama dengan dia...
duduk hanya di dalam bilik dan melayan perasaan berdua sahaja...
takde sesiapa yang kacau kami berdua..
yang penting kami berdua..
tetapi kami tidak melupakan orang ketika yang tinggal di rumah..
kalau dia datang kami berdua pasti akn tersenyum dan tergelak bersama..
jadi kami sebenarnya bertiga..
kawan yang rapat..
Tiada kaitan pulak apa yang aku cuba sampaikan tapi aku confidents sahaja..
Macam bapa kawan aku ni dnegan maknya..
bila tengok drama komen benda yang lain..
jadi kesimpulannya apa yang aku cuba sampaikan?????
Lu pikirlah sendiri yea...
DAPAT MAKAN MURAH DI DINING....


al kisah terbukalah sebuah cerita apabila aku menjejakkan kaki ke dining room...
dengan rasa penuh kebanggaan di hati aku, aku mengembangkan hidung aku untuk menghidu bau makanan yang menyelerakan selera aku pada ketika itu...

sampai-sampai je kat sana, aku terus dengan selambanya mengambil nasi dan lauk pauk yang aku nak makan la...
yang mengembirakan aku apabila aku nak bayar bill..
benda ini dah tiap2 hari akupraktise kat dining..
u all yang baca boleh la try wat se confident aku nie..
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE......

dengan aku mengaburi lauk yang menjadi satu dengan muka aku yang konfidents...
jadi wahai kawan2 aku bayangkanlah diri aku pada waktu itu??????

'Berapa kak harga makanan saya?'
4.10 dik...
'oh... murah aja'
dengan slow emotion aku bukak dompet warna itamku...
aku mengeruarkan RM 4.00 dan aku mendapat baki sebanyak RM 0.90..
Dengan mengangakan mulut sambil masuk nyamuk aku terus buat muka tidak bersalah...

Jadi oleh itu, aku dapat makanan murah di dining..
kepada semua rakan yang di hormati marilah kita bersama2 menjayakan misi ketika beradsa di dining...

Wednesday, July 9, 2008

WA TASHI WA ASRINNA DES...


Hari ni member aku ajar aku nyanyi bahasa Jepun yang senang tapi lidah aku terbelit-belit...

yang menjadi KEBANGGAAN AKU apabila aku terlebih @ OVER confident untuk menyebut satu persatu perkataan yang terbelit2 tue.. Jadi aku dapat rasakan yang aku ni "AKU STACY"..


OKLAH TUE bak kata Saida


n


BAGUIH La... PEPaTAH dari ALIF...


entry pertama si udang.


udang yang tinggal di Puncak Perdana terpaksa meninggalkan kawasan tempat tinggalnya di dalam laut. bayangkan bagaimana udang tu nak hidup jika tiada udara???
yah..